Monday, November 1, 2010

KiSah SEdih diSebaLik Lagu CinTa TIGa Segi HAZWAn...

-Telah dijelasan oleh dua orang pemuda dari Singapura bahawa lagu itu mereka cipta dan nyanyikan 10 tahun lepas, tajuknya "PERANGKAP CINTA" dan cerita itu adalah karut.
- Jawapan pihak penjara.., melalui semakan mereka, tidak ada nama banduan akhir yang telah digantung mempunyai nama HAZWAN WAFIY BIN ABU HASSAN. Malah tiada nama banduan yang sedemikian yang sedang menunggu hukuman gantung, atau sedang dipenjara tanpa melibatkan hukuman gantung.
- Sambung Jabatan Penjara, memang banduan dibenarkan membuat permintaan terakhir sebelum hukuman dijalankan, tetapi ia dilakukan dengan kawalan yang sangat ketat. KESIMPULANNYA, kata jabatan penjara, cerita itu adalah PALSU. Kalau kedua-dua tangan itu digari, mustahil banduan akhir ( kononnya Hazwan ) boleh bermain gitar.
- Tentang video kononnya tunang Hazwan dihempas dengan batu, sampai pecah kepala, ia sebenarnya rakaman pembunuhan seorang gadis KURDISH bernama Du'a Khalil Aswad, 17, yang dihukum mati kerana lari mengikut kekasihnya, seorang pemuda SUNNI. Kaum keluarga dan masyaakat kurdish marah dengan tindakan du'a kerana bagi mereka, sebagai penganut agama YEZEDI, Du'a tidak sepatutnya berkasihan, apatah lagi lari dan berkahwin dengan lelaki islam.
- Apabila berjaya ditangkap pada 7 April 2007, gadis cantik berambut perang ini diserang oleh beratus-ratus pendudu kampungnya diBashika, Utara Iraq. Hukuman ngeri yang berlangsung selama 30 minit itu berakhir apabila seorang lelaki menghempas seketul konkrit besar keatas kepala du'a.
- Pengajaran yang boleh diambil, jangan mudah percaya pada sensasi, selidik betul-betul fakta yang anda terima..
- SEBARANG MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEHLA MEMBACA BUKU MASTIKA KELUARAN OKTOBER 2008....

No comments:

Post a Comment